Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab,
ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan.Ahli matematik mencari pola[1][2],
memformulasikan konjektur yang
baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dandefinisi yang
dipilih dengan baik[3].
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud
secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar
matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya"[4]. Albert Einsteinsebaliknya
menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak
pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti"[5].
Dengan penggunaan pengabstrakan dan
penaakulan logik,
matematik berevolusi dari pembilangan,
pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek
fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak
kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula
wujud dalam Matematik Yunani,
antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen.
Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3
sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada
kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman
Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi denganpenemuan
saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat
besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini[6].
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di
dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula
jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan,
satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang
lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan
kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru
sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan.
Ahli matematik juga terlibat dalammatematik tulen,
satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke
dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula
sebagai matematik tulen sering ditemui[7].
Cubaan yang berjaya
ReplyDeleteApa yang anda cuba katakan?
ReplyDelete