Bab 1
PERSAINGAN
1. Persaingan ialah satu bentuk
interaksi hubungan antara hidupan yang berlaku antara haiwan dan tumbuhan untuk
mendapatkan keperluan asas.
2. Persaingan berlaku kerana
sumber yang terhad.
Persaingan
Antara Haiwan.
Persaingan
boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies dan antara haiwan yang berlainan
spesies.
Faktor-faktor
yang menyebebkan persaingan antara haiwan ialah:
- makanan
- air
- pasangan
- tempat perlindungan
Haiwan
bersaing untuk mendapatkan makanan dan air apabila sumber makanan dan air
terhad.
Persaingan
untuk mendapatkan pasangan antara haiwan yang sama spesies. Haiwan jantan perlu
bersaing untuk mendapatkan pasangan semasa musim mengawan.
Persaingan
mendapatkan tempat perlindungan dan wilayah berlaku kerana haiwan memerlukan
tempat perlindungandan ruang untuk hidup.
Persaingan
lebih kuat berlaku apabila bilangan haiwan bertambah dan sumber menjadi semakin
terhad.
Haiwan yang
lebih kuat akan memenangi persaingan dan ia akan menguasai sumber di suatu
habitat.
Haiwan yang
kalah akan tersingkir dari habitat itu.
Persaingan
Antara Tumbuhan
Tumbuhan
bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien dan ruang.
Persaingan menjadi
lebih kuat/sengit jika banyak tumbuhan di suatu kawasan.
Kesan
persaingan antara tumbuhan:
Tumbuhan akan
berlumba untuk tumbuh tinggi bagi mendapatkan cahaya matahari.
Tumbuhan yang
gagal dalam persaingan akan terbantut.
