-
Sumber pertama(Sumber primer).
-
Bahan asli yang belum ditaksir,diolah dan dicetak.
-
Wednesday, September 7, 2016
KATA ADJEKTIF
Monday, August 29, 2016
- makanan
- air
- pasangan
- tempat perlindungan
Wednesday, August 24, 2016
Kegiatan Ekonomi Kerajaan Maritim.
- Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
- Pada peringkat awal masyarakat menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
- Petempatan ini kemudian berkembang menjadi perkampungan nelayan.
- Ada antara masyarakat menjadi Kemudian menjadi pengeluar bijih logam seperti emas dan timah.
- Hasil lebihan telah didagangkan. maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal. Pelaburan pembekal membekalkan bahan kepada para pedagang yang mahu mendapat bekalan seperti emas , timar , rotan .
- Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
- Pelabuhan berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang dan menjadi sebuah negeri.
- Kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang menjadi laluan perdagangan atara China dan India serta menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar telah menyumbang perkembangan daripada pelaburan kerajaan kepada pelaburan entrepot .
- Pelaburan entrepot membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa . Pelaburan entrepot juga berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa kepada pedagang yang datang , kawasan sendiri dan kawasan takluknya .
- Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
- Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.
- Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
- Mereka juga tahu menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.
Hari kokurikulum 2016
Monday, July 25, 2016
Matematik
Kemahiran Berfikir
MATEMATIK
Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab, ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan.Ahli matematik mencari pola[1][2], memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dandefinisi yang dipilih dengan baik[3].
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya"[4]. Albert Einsteinsebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti"[5].
Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi denganpenemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini[6].
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalammatematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui[7].
Fwd: Erti Bahasa Komunikasi
From: MINDA BESTARI <cybertutor007@gmail.com>
Date: 2016-07-26 11:29 GMT+08:00
Subject: Erti Bahasa Komunikasi
To: cybertutor007.units8@blogger.com
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat,perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupandan merangkumi kedua-dua:
- perbuatan menghantar matklumat; dan
- proses untuk bertukar-tukar maksud;
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat,sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

