Wednesday, September 7, 2016

Sumber pertama


  1. Sumber pertama(Sumber primer).

    • Bahan asli yang belum ditaksir,diolah dan dicetak.

KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif juga dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat.


Monday, August 29, 2016

Bab 1 PERSAINGAN

1.    Persaingan ialah satu bentuk interaksi hubungan antara hidupan yang berlaku antara haiwan dan tumbuhan untuk mendapatkan keperluan asas.
2.      Persaingan berlaku kerana sumber yang terhad.

Persaingan Antara Haiwan.

Persaingan boleh berlaku antara haiwan yang sama spesies dan antara haiwan yang berlainan spesies.

Faktor-faktor yang menyebebkan persaingan antara haiwan ialah:
  • makanan
  • air
  • pasangan
  • tempat perlindungan

Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan dan air apabila sumber makanan dan air terhad.
Persaingan untuk mendapatkan pasangan antara haiwan yang sama spesies. Haiwan jantan perlu bersaing untuk mendapatkan pasangan semasa musim mengawan.
Persaingan mendapatkan tempat perlindungan dan wilayah berlaku kerana haiwan memerlukan tempat perlindungandan ruang untuk hidup.
Persaingan lebih kuat berlaku apabila bilangan haiwan bertambah dan sumber menjadi semakin terhad.
Haiwan yang lebih kuat akan memenangi persaingan dan ia akan menguasai sumber di suatu habitat.
Haiwan yang kalah akan tersingkir dari habitat itu.

Persaingan Antara Tumbuhan
Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, nutrien dan ruang.
Persaingan menjadi lebih kuat/sengit jika banyak tumbuhan di suatu kawasan.
Kesan persaingan antara tumbuhan:
Tumbuhan akan berlumba untuk tumbuh tinggi bagi mendapatkan cahaya matahari.

Tumbuhan yang gagal dalam persaingan akan terbantut.

Wednesday, August 24, 2016

Kegiatan Ekonomi Kerajaan Maritim.

Kegiatan Ekonomi Kerajaan Maritim.

  • Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
  • Pada peringkat awal masyarakat menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
  • Petempatan ini kemudian berkembang menjadi perkampungan nelayan.
  • Ada antara masyarakat menjadi Kemudian menjadi pengeluar bijih logam seperti emas dan timah.
  • Hasil lebihan telah didagangkan.  maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal. Pelaburan pembekal membekalkan bahan kepada para pedagang yang mahu mendapat bekalan seperti emas , timar , rotan .
  • Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
  • Pelabuhan berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang dan menjadi sebuah negeri.
  • Kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang menjadi laluan perdagangan atara China dan India serta menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar telah menyumbang perkembangan daripada pelaburan kerajaan kepada pelaburan entrepot .
  • Pelaburan entrepot membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa . Pelaburan entrepot juga berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa kepada pedagang yang datang , kawasan sendiri dan kawasan takluknya .
  • Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
  • Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.
  • Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
  • Mereka juga tahu menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.

FUTURE TECHNOLOGY

Hari kokurikulum 2016

Saya berpandangan aktiviti ini perlu dijalankan pada setiap tahun. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan dan berupaya menjalin hubungan harmoni di antara pelbagai kaum.

Muhammad Zahed Mahmud

Monday, July 25, 2016

Matematik

Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab, ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantitistrukturruang dan perubahan.Ahli matematik mencari pola[1][2], memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dandefinisi yang dipilih dengan baik[3].
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya"[4]Albert Einsteinsebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti"[5].
Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya EuclidElemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi denganpenemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini[6].
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadikejuruteraanperubatan dan sains sosialMatematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalammatematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui[7].